Wednesday, December 15, 2010

Salam 1 Malaysia kpd PM kita dan semua rakyat Malaysia

Buat pertama kalinya aku telah melakukan anjakan paradigma ke atas diriku ini.... err.. apa yg aku tulis ni? Ayat pun baku nak mampus. Begini, ni 1st time aku wat blog. Agak pelik kerana aku ni memang pelik. Tulis pun nak ayat penuh je. Baguskan saya ni? Nak menyampah pergi kutip sampah. Kalau ada tersilap tatabahasa atau grammar, sila tegur iya.

Terdapat perlawanan bola sepak sebentar tadi di antara pasukan Malaysia bertemu dengan pasukan Vietnam di stadium Bukit Jalil yang berkesudahan pasukan kita menang 2-0. Lupa pulak, piala AFF Suzuki nama pertandingan itu(Kalau tidak silap). Dan pasukan negara kita bakal bertandang ke tempat lawan hari Sabtu ini kalau tidak silap(tadi komentator cakap bahasa inggeris, tidak faham sangat) dan kelebihan 2-0 memang memberi kelebihan kepada pasukan negara kita. Aku dah malas nak tulis skema. OK, Komen aku:

Kedua-dua pasukan bermain bagus, cuma kelebihan di tempat sendiri sedikit sebanyak memberi semangat kepada pasukan malaysia. Vietnam pula tidak nampak tertekan sangat, hantaran memang tepat,body language cam caca berbatov, pemain MU. Semua pemain memberikan komitmen 100%. Terhibur. Man of the match, Safee. Dua2 gol dia sumbat. Mmg sebijik cam Rooney, ada penyudah. Tak ramai pemain negara kita yang ada skil penyudah mcm tu. Amri Yahya? Terkotak katik membawa bola. Cara dia main pun dah lapuk. Aku memang tak hebat main bola, cuma aku rasa berhak untuk bersuara kerana duit gaji yang dia dapat tiap2 bulan tu duit rakyat Malaysia, termasuk mak ayah aku. Masa lawan Thailan aritu pun Amri takleh nak score, kaki tungkik betulla dia... Penat2 membe bawak dari tepi cross kat dia, boleh sepak miss? Bayangkan. Lain kali letak magnet kat bola tu pastu pakai but besi. Boleh melekat bola kat kaki dia.Cuma risau nanti semua pakat pakai but besi gak. Dah mcm sh!t semua main.
Risau gak ketika bermain di Vietnam nanti. Yalah, dah leading 2-0, main yo yo'o la. Tgk2 kena titik kat sana. Adeh, apapun tahniah pasukan Malaysia. Ada peningkatan dalam mutu permainan sebentar tadi. Kekalkan momentum serta inersia korang semua. Kami sokong anda. Apa yang penting semangat kesukanan dalam permainan. Bukannya sikap yoyo seperti Hafiz hashim itu. Eh, apa kena mengena dia dalam hal ni? Kenal Hafiz hashim? Aku tak kenal....






Kalau aku masukkan sukan badminton, lagi banyak nak tulis sebab aku memang minat main badminton. Wakil sekolah wa cakap sama luu... Sekolah gua bukan sebarangan orang boleh wakil, hanya best of the best yang dipilih. Macam sekolah bukit jalil, di mana setiap orang dinilai mutu permainan. Keputusannya, aku kalah 1st round lagi. Tapi aku ada alasan. Hahahaha...perangai aku tak ubah macam pemain malaysia ketika kalah. Tapi alasan aku relevan: Sistem 21 mata baru diperkenalkan ketika itu, memang aku tak biasala. nak sesuaikan sistem tu dalam 2 minggu je, memang tak biasa. Sebelum ni main dengan membe guna 15 mata, jadi awal2 main boleh rilek sebab mata ikut servis.
Sistem 21 mata, setiap servis ada mata. Faham tak? Kalau tak faham, jangan main badminton. Kalau faham, you're my student.

Masa pertandingan pun aku main drop banyak, sampai membe regu aku cakap "kalau nak dropshot baik main dengan awek dia". Aku nganga sekejap, apa bodohnya orang lain main dengan awek dia? memang aku sabar dengan kata2 tersebut sebab dia tak cakap pun mcm tu, aku yang reka sendiri.
Truthfully, aku memang main teruk hari tu. Rubbish! Smash aku macam mamat pondan tak cukup sifat, slow dan mendatar. Masa tu baru aku tau langit tinggi rendah. Noob is always noob.Malu oooo...
Nasib baik awek2 semua main kat dewan sekolah lain. Kalau tak, lepas je kalah aku balik naik bas sendiri. Diorang bolehla, train hari2. Aku main pun 2 minggu sekali, lgpun aku ni bukan jenis sporty, cuma ada bakat je, malas nak diasah. LOL!



Esok pagi nak kena teman nenek pergi hospital, check mata. Oleh itu, salam 1malaysia!
(Mohon maaf jika ada sesiapa terasa apa yang aku tulis ni. Disengajakan.)