Friday, January 21, 2011

Kecoh?

Sejak blaja blk ni, jarang gila online. Bukan apa, kat sini xde internet. Nak online pun kena g CC atau WiFi kat kedai mamak. Leceh ah.... kat situ byk site susah nak bukak. Download pun slow. Hah hah..
Arini aku nak cecite sket pasal hubungan sesama kekasih di dalam Facebook. Kalau ada hubungan sekalipun, jgnla heboh2 kat situ, biar semua membe tau kita dah berpunya. Terutamanya perempuanlah. Excited sgt kalau dah ada bf.
Benarkah wanita tidak boleh hidup jika tidak ada kekasih? Kami lelaki rilek je, cool. Perempuan kalau dah ada kekasih kecoh satu facebook. Kalau boleh nak semua membe tahu... Aku dah ulang ayat ni tadi..  Ada masalah pun nak tulis kat Fb. Boleh ke Fb tu selesaikan masalah korang? Ya, membe boleh tolong nasihat. Tapi berkesankah kata2 nasihat mereka? Kenapa tidak menceritakan masalah korang kepada Tuhan yang menciptakan kita? Allah yang mencipta kita, memberi musibah sebagai peringatan, dan memberi rezeki sebagai ujian. Bayangkan kalau membe bagi nasihat:
"Ala rilekla bro.."
"Siapa buat ko sedih ni? Biar aku ajar sket!"
"Jangan nangis ek? Abang kan ada"
haha..... lagi bahaya kalau ada udang di sebalik batu... jadi beringat-ingatlah wanita sekalian. Jangan kecoh sgt bila dah berpunya. Kalau nak tulis relationship pon jgn dedahkan dgn siapa. Cukupla dgn "in a relationship". sekurang-kurangnya xdela orang nak menggatal sgt. Malah, nanti kalau da break xla malu sgt...

Itu sahaja nukilan aku pagi buta ni.

Friday, January 14, 2011

Gusti

Selamat pagi kepada semua! Hari ini aku ingin menceritakan tentang gusti. Ala, wrestling yg selalu ada kat tv3 tu. WWF, WWE dsb. Adakah rancangan itu 'real' ? Memangla, xkan ilusi pulak. Maksudku, segala tumbuk dan terajang serta skil yang mereka tunjukkan itu betul? Haha... aku pernah kemukakan soalan ini kepada member aku yang seramai 20 orang semuanya. Dalam 20 orang tu,  hanya sorang je yang percaya kepada WWF ni. Alasannya, mereka berlawan sampai berdarah dan patah sebagainya... Aku cakap diorang ada insurans, lagi banyak patah lagi banyak duit claim insurans. Dia tetap dgn pendirian dia gak. Aku cakap terpulang.....

Teringat aku masa kecik2 dulu, umur dalam lingkungan 8-10 tahun. Masa tu Stone Cold dgn The Rock memang famous gila. Tak taula aku ni yg overexcited atau mereka memang betul2 popular. Tiap2 malam jumaat aku dgn abgku dok tercongok depan tv tgk mereka beraksi. Ada gak wrestler2 lain yang aku rasa popular. Cthnya triple x, dudley boyz a.k.a new boyz(hahaha), hardy boys, dsbnya. Lupa nama diorg ni, aku ingat pun sebab pernah main game Smackdown kat Playstation dulu.

Itu cerita masa kecik2 dulu. Sekarang kalau tgk wrestling macam2 perasaan timbul. Marah, geram, dsbnya.
Marah sebab abang aku nak tgk cite tu jugak walaupun dah besar. Geram sebab cara diorang lawan nampaklah sangat dibuat-buat. Sampaikan aku rasa aku boleh knockout diorang sekejap je. Yelah, aku kan ada taekwando. Sekali sepak kepala kan ko. Kadang2 ayah aku pun tgk skali dgn abang aku. Adeh, time ni mmg xleh nak kutuk2 diorang. Aku rasas diorang tgk pon mungkin untuk entertainment sahaja. Yelah, masing2 ada silat.

Itu sahaja utk pagi ini. Nak sambung dgr Norah Jones sat... Best

Thursday, January 13, 2011

Music

Lama gak tak tulis karangan kat sini.
Oh ye, malaysia menang bola kot! Berapa punya lambat daa..Tahniah dari aku. Sejak dari mula lagi aku support diorg. Haha.... Kalau aku betting konfem menang besar. Tapi itu haram.
Komen aku? Malaysia memang bermain baik sama ada di Malaysia mahupun Indonesia. Gabungan shahrulidlan taha dan safee memang menjadi. Malah aku tahu shahrul idlan taha ni semasa malaysia vs thailand lagi. Masa tu, dia bawak bola dari kanan masuk ke tengah. Memang sebijik macam Nani(walaupun aku anti United. United apa? Felda united. Haha, tak pasal.). Dan dugaan aku terbukti benar apabila 2 gol yang terhasil merupakan sumbangan shahrulidlan taha. Gol pertama terhasil apabila shahrulidlan taha berjaya melepasi defend indonesia menerusi gerak badan yang menarik. Gol kedua pun dia jugak yang bawak masuk ke tengah dan disudahkan dengan sempurna oleh Ashari. Gol ke3 memang cantik dan benar2 meyakinkan aku yang kita bakal memenangi Piala AFF Suzuki. Hantaran oleh (.....) berjaya disudahkan dengan cantik sekali oleh safee. Hantaran cantik, safee pandai mencari ruang. Gol ke3 memang aku kagum!
Sekarang kita cerita perlawanan di Indonesia pula. Strategi K.Rajagopal hanya bertahan dan counter attack mengejut bila mereka tak bersedia. Taktik ini memang berhasil apabila asyik mereka menyerang kubu kita, tak semena mena bola dihantar through kepada Safee. Tepat kot..!! Safee membuktikan dia memang layak bergelar penjaring terbanyak apabila terus menyepak bola ke gawang lawan. Padu dan jitu. Mesti Markus botak itu ingat Safee nak stop ball dan sepak sebelah kiri Markus. Leading 4-0 dan 1 gol di tempat lawan sudah cukup melegakan kita semua. Pertukaran pemain Indonesia Irfan dengan Bambang Pamungkas memang berhasil. 2 gol terhasil selepas itu. Namun, ternyata perbezaan gol yang besar tidak cukup buat mereka. Kenapala tak masukkan Bambang pamungkas awal2 lagi? Yang masukkan Irfan tu buat apa? Nama Irfan tangan bertatu. Muka da macam orang Barat. Patutla.... Pujian harus diberikan kepada kedua-dua pasukan. Mereka semua memberikan persembahan yang terbaik, terutamanya Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol kita. Memang cekap betul dia malam tu. Penalti pun dia selamatkan. Bayangkan kalau Irfan berjaya menyempurnakan sepakan tersebut, tentu menaikkan semangat semua pemain Indonesia umumnya, dan rakyat Indonesia khasnya. Yang peliknya Irfan dapat anugerah MVP lak tu. Dahla miss penalty, dapat anugerah lak.  Berikut merupakan info anugerah pada malam itu.


AFF Champion = Malaysia
Penjaring Terbanyak = Safee Sali
MVP( Missed Valuable Penalty) = Irfan Bakti
Fair team = Filipina.
Itu je yang aku ingat.


Okay, sekarang aku nak komen pasal penyokong Indonesia pulak. Dah lama aku geram dgn diorang ni.Terdapat beberapa isu yang kecoh diperkatakan mereka tentang kita.
1) Laser
    Isu ni aku paling marah sekali. Mereka menuduh kita menggunakan laser pada malam tersebut. Sedangkan
    mereka mulakan dahulu. Tak caya g check kat youtube, search 'Malaysia vs Indonesia 5-1'. Fokus pada
    minit ke 0:40, ada pancaran laser pada muka goalkeeper kita. So? Apa kes.... Malah diorang pun guna
    masa final ke2 malam tu. Banyak pulak tu. Rilek je keeper kita save penalti. Haha.. dahlah menipu loser
    pulak tu. Kesian mereka..

2)Sikap
    Lepas kalah tak habis2 cakap pasal sportif dan sebagainya, kononnya kita bermain tipu. Entahla, bukti
    dah jelas mereka tipu dulu, diorang senyap je. Taknak pulak cakap, pastu terus maki hamun kita.
    Yang tak boleh blahnya, ada ke patut diorang cakap diorang menang. Caranya diorang tambahkan gol
    perlawanan dalam kumpulan dengan final, jumlah semua sekali 7-5(Kumpulan 5-1, Final 2-4). Adeh,gelak
    besar aku bila diorang tulis macam tu. Bila dah kalah, macam2 bg alasan: Laserla, pemain importla, 
    bomohla, dan sebagainya..... Kesian mereka. Bila ditegur, macam2 perkataan lucah keluar sampai aku
    sendiri pun tak kenal perkataan tu. Selama ni aku ingat aku king of vocab, tapi aku tewas dgn mereka.
    Haha.... lagi satu tak boleh blah bila diorang cite pasal kebudayaan asli mereka dicuri oleh kita, cthnya
    makanan, pakaian, dan tanah. Nak sembang cite pasal bolala, ni cite benda lain. Agak putar alam juga
    kalian ni. Kadang2 kesian aku tgk mereka ni. Aku tak kisah diorang kutuk negara kita, tak luak apa pun
    diorang buat benda tu. Nak gaduh dgn mereka pun tak guna, sebab perbezaan budaya bahasa salah satu
    faktornya. Cthnya:

    Indonesia  : Malingsia indog, sh ja t&*%^%&&..
    Malaysia   : Sabar semua, kita serumpun.
    Indonesia  : Brengset lu, ^&(()&%^$%$ (dan mcm2 lg perkataan carut)

*Inilah salah satu contoh dialog yang aku selalu baca kat Fb. Kan rakyat kita ternyata baik tu.. Haha..!!

Oklah, itu sahaja. tak banyak masa nak tulis benda ni, sebab asyik main game je.

Wednesday, December 15, 2010

Salam 1 Malaysia kpd PM kita dan semua rakyat Malaysia

Buat pertama kalinya aku telah melakukan anjakan paradigma ke atas diriku ini.... err.. apa yg aku tulis ni? Ayat pun baku nak mampus. Begini, ni 1st time aku wat blog. Agak pelik kerana aku ni memang pelik. Tulis pun nak ayat penuh je. Baguskan saya ni? Nak menyampah pergi kutip sampah. Kalau ada tersilap tatabahasa atau grammar, sila tegur iya.

Terdapat perlawanan bola sepak sebentar tadi di antara pasukan Malaysia bertemu dengan pasukan Vietnam di stadium Bukit Jalil yang berkesudahan pasukan kita menang 2-0. Lupa pulak, piala AFF Suzuki nama pertandingan itu(Kalau tidak silap). Dan pasukan negara kita bakal bertandang ke tempat lawan hari Sabtu ini kalau tidak silap(tadi komentator cakap bahasa inggeris, tidak faham sangat) dan kelebihan 2-0 memang memberi kelebihan kepada pasukan negara kita. Aku dah malas nak tulis skema. OK, Komen aku:

Kedua-dua pasukan bermain bagus, cuma kelebihan di tempat sendiri sedikit sebanyak memberi semangat kepada pasukan malaysia. Vietnam pula tidak nampak tertekan sangat, hantaran memang tepat,body language cam caca berbatov, pemain MU. Semua pemain memberikan komitmen 100%. Terhibur. Man of the match, Safee. Dua2 gol dia sumbat. Mmg sebijik cam Rooney, ada penyudah. Tak ramai pemain negara kita yang ada skil penyudah mcm tu. Amri Yahya? Terkotak katik membawa bola. Cara dia main pun dah lapuk. Aku memang tak hebat main bola, cuma aku rasa berhak untuk bersuara kerana duit gaji yang dia dapat tiap2 bulan tu duit rakyat Malaysia, termasuk mak ayah aku. Masa lawan Thailan aritu pun Amri takleh nak score, kaki tungkik betulla dia... Penat2 membe bawak dari tepi cross kat dia, boleh sepak miss? Bayangkan. Lain kali letak magnet kat bola tu pastu pakai but besi. Boleh melekat bola kat kaki dia.Cuma risau nanti semua pakat pakai but besi gak. Dah mcm sh!t semua main.
Risau gak ketika bermain di Vietnam nanti. Yalah, dah leading 2-0, main yo yo'o la. Tgk2 kena titik kat sana. Adeh, apapun tahniah pasukan Malaysia. Ada peningkatan dalam mutu permainan sebentar tadi. Kekalkan momentum serta inersia korang semua. Kami sokong anda. Apa yang penting semangat kesukanan dalam permainan. Bukannya sikap yoyo seperti Hafiz hashim itu. Eh, apa kena mengena dia dalam hal ni? Kenal Hafiz hashim? Aku tak kenal....






Kalau aku masukkan sukan badminton, lagi banyak nak tulis sebab aku memang minat main badminton. Wakil sekolah wa cakap sama luu... Sekolah gua bukan sebarangan orang boleh wakil, hanya best of the best yang dipilih. Macam sekolah bukit jalil, di mana setiap orang dinilai mutu permainan. Keputusannya, aku kalah 1st round lagi. Tapi aku ada alasan. Hahahaha...perangai aku tak ubah macam pemain malaysia ketika kalah. Tapi alasan aku relevan: Sistem 21 mata baru diperkenalkan ketika itu, memang aku tak biasala. nak sesuaikan sistem tu dalam 2 minggu je, memang tak biasa. Sebelum ni main dengan membe guna 15 mata, jadi awal2 main boleh rilek sebab mata ikut servis.
Sistem 21 mata, setiap servis ada mata. Faham tak? Kalau tak faham, jangan main badminton. Kalau faham, you're my student.

Masa pertandingan pun aku main drop banyak, sampai membe regu aku cakap "kalau nak dropshot baik main dengan awek dia". Aku nganga sekejap, apa bodohnya orang lain main dengan awek dia? memang aku sabar dengan kata2 tersebut sebab dia tak cakap pun mcm tu, aku yang reka sendiri.
Truthfully, aku memang main teruk hari tu. Rubbish! Smash aku macam mamat pondan tak cukup sifat, slow dan mendatar. Masa tu baru aku tau langit tinggi rendah. Noob is always noob.Malu oooo...
Nasib baik awek2 semua main kat dewan sekolah lain. Kalau tak, lepas je kalah aku balik naik bas sendiri. Diorang bolehla, train hari2. Aku main pun 2 minggu sekali, lgpun aku ni bukan jenis sporty, cuma ada bakat je, malas nak diasah. LOL!



Esok pagi nak kena teman nenek pergi hospital, check mata. Oleh itu, salam 1malaysia!
(Mohon maaf jika ada sesiapa terasa apa yang aku tulis ni. Disengajakan.)