Friday, January 14, 2011

Gusti

Selamat pagi kepada semua! Hari ini aku ingin menceritakan tentang gusti. Ala, wrestling yg selalu ada kat tv3 tu. WWF, WWE dsb. Adakah rancangan itu 'real' ? Memangla, xkan ilusi pulak. Maksudku, segala tumbuk dan terajang serta skil yang mereka tunjukkan itu betul? Haha... aku pernah kemukakan soalan ini kepada member aku yang seramai 20 orang semuanya. Dalam 20 orang tu,  hanya sorang je yang percaya kepada WWF ni. Alasannya, mereka berlawan sampai berdarah dan patah sebagainya... Aku cakap diorang ada insurans, lagi banyak patah lagi banyak duit claim insurans. Dia tetap dgn pendirian dia gak. Aku cakap terpulang.....

Teringat aku masa kecik2 dulu, umur dalam lingkungan 8-10 tahun. Masa tu Stone Cold dgn The Rock memang famous gila. Tak taula aku ni yg overexcited atau mereka memang betul2 popular. Tiap2 malam jumaat aku dgn abgku dok tercongok depan tv tgk mereka beraksi. Ada gak wrestler2 lain yang aku rasa popular. Cthnya triple x, dudley boyz a.k.a new boyz(hahaha), hardy boys, dsbnya. Lupa nama diorg ni, aku ingat pun sebab pernah main game Smackdown kat Playstation dulu.

Itu cerita masa kecik2 dulu. Sekarang kalau tgk wrestling macam2 perasaan timbul. Marah, geram, dsbnya.
Marah sebab abang aku nak tgk cite tu jugak walaupun dah besar. Geram sebab cara diorang lawan nampaklah sangat dibuat-buat. Sampaikan aku rasa aku boleh knockout diorang sekejap je. Yelah, aku kan ada taekwando. Sekali sepak kepala kan ko. Kadang2 ayah aku pun tgk skali dgn abang aku. Adeh, time ni mmg xleh nak kutuk2 diorang. Aku rasas diorang tgk pon mungkin untuk entertainment sahaja. Yelah, masing2 ada silat.

Itu sahaja utk pagi ini. Nak sambung dgr Norah Jones sat... Best

No comments:

Post a Comment