Thursday, January 13, 2011

Music

Lama gak tak tulis karangan kat sini.
Oh ye, malaysia menang bola kot! Berapa punya lambat daa..Tahniah dari aku. Sejak dari mula lagi aku support diorg. Haha.... Kalau aku betting konfem menang besar. Tapi itu haram.
Komen aku? Malaysia memang bermain baik sama ada di Malaysia mahupun Indonesia. Gabungan shahrulidlan taha dan safee memang menjadi. Malah aku tahu shahrul idlan taha ni semasa malaysia vs thailand lagi. Masa tu, dia bawak bola dari kanan masuk ke tengah. Memang sebijik macam Nani(walaupun aku anti United. United apa? Felda united. Haha, tak pasal.). Dan dugaan aku terbukti benar apabila 2 gol yang terhasil merupakan sumbangan shahrulidlan taha. Gol pertama terhasil apabila shahrulidlan taha berjaya melepasi defend indonesia menerusi gerak badan yang menarik. Gol kedua pun dia jugak yang bawak masuk ke tengah dan disudahkan dengan sempurna oleh Ashari. Gol ke3 memang cantik dan benar2 meyakinkan aku yang kita bakal memenangi Piala AFF Suzuki. Hantaran oleh (.....) berjaya disudahkan dengan cantik sekali oleh safee. Hantaran cantik, safee pandai mencari ruang. Gol ke3 memang aku kagum!
Sekarang kita cerita perlawanan di Indonesia pula. Strategi K.Rajagopal hanya bertahan dan counter attack mengejut bila mereka tak bersedia. Taktik ini memang berhasil apabila asyik mereka menyerang kubu kita, tak semena mena bola dihantar through kepada Safee. Tepat kot..!! Safee membuktikan dia memang layak bergelar penjaring terbanyak apabila terus menyepak bola ke gawang lawan. Padu dan jitu. Mesti Markus botak itu ingat Safee nak stop ball dan sepak sebelah kiri Markus. Leading 4-0 dan 1 gol di tempat lawan sudah cukup melegakan kita semua. Pertukaran pemain Indonesia Irfan dengan Bambang Pamungkas memang berhasil. 2 gol terhasil selepas itu. Namun, ternyata perbezaan gol yang besar tidak cukup buat mereka. Kenapala tak masukkan Bambang pamungkas awal2 lagi? Yang masukkan Irfan tu buat apa? Nama Irfan tangan bertatu. Muka da macam orang Barat. Patutla.... Pujian harus diberikan kepada kedua-dua pasukan. Mereka semua memberikan persembahan yang terbaik, terutamanya Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol kita. Memang cekap betul dia malam tu. Penalti pun dia selamatkan. Bayangkan kalau Irfan berjaya menyempurnakan sepakan tersebut, tentu menaikkan semangat semua pemain Indonesia umumnya, dan rakyat Indonesia khasnya. Yang peliknya Irfan dapat anugerah MVP lak tu. Dahla miss penalty, dapat anugerah lak.  Berikut merupakan info anugerah pada malam itu.


AFF Champion = Malaysia
Penjaring Terbanyak = Safee Sali
MVP( Missed Valuable Penalty) = Irfan Bakti
Fair team = Filipina.
Itu je yang aku ingat.


Okay, sekarang aku nak komen pasal penyokong Indonesia pulak. Dah lama aku geram dgn diorang ni.Terdapat beberapa isu yang kecoh diperkatakan mereka tentang kita.
1) Laser
    Isu ni aku paling marah sekali. Mereka menuduh kita menggunakan laser pada malam tersebut. Sedangkan
    mereka mulakan dahulu. Tak caya g check kat youtube, search 'Malaysia vs Indonesia 5-1'. Fokus pada
    minit ke 0:40, ada pancaran laser pada muka goalkeeper kita. So? Apa kes.... Malah diorang pun guna
    masa final ke2 malam tu. Banyak pulak tu. Rilek je keeper kita save penalti. Haha.. dahlah menipu loser
    pulak tu. Kesian mereka..

2)Sikap
    Lepas kalah tak habis2 cakap pasal sportif dan sebagainya, kononnya kita bermain tipu. Entahla, bukti
    dah jelas mereka tipu dulu, diorang senyap je. Taknak pulak cakap, pastu terus maki hamun kita.
    Yang tak boleh blahnya, ada ke patut diorang cakap diorang menang. Caranya diorang tambahkan gol
    perlawanan dalam kumpulan dengan final, jumlah semua sekali 7-5(Kumpulan 5-1, Final 2-4). Adeh,gelak
    besar aku bila diorang tulis macam tu. Bila dah kalah, macam2 bg alasan: Laserla, pemain importla, 
    bomohla, dan sebagainya..... Kesian mereka. Bila ditegur, macam2 perkataan lucah keluar sampai aku
    sendiri pun tak kenal perkataan tu. Selama ni aku ingat aku king of vocab, tapi aku tewas dgn mereka.
    Haha.... lagi satu tak boleh blah bila diorang cite pasal kebudayaan asli mereka dicuri oleh kita, cthnya
    makanan, pakaian, dan tanah. Nak sembang cite pasal bolala, ni cite benda lain. Agak putar alam juga
    kalian ni. Kadang2 kesian aku tgk mereka ni. Aku tak kisah diorang kutuk negara kita, tak luak apa pun
    diorang buat benda tu. Nak gaduh dgn mereka pun tak guna, sebab perbezaan budaya bahasa salah satu
    faktornya. Cthnya:

    Indonesia  : Malingsia indog, sh ja t&*%^%&&..
    Malaysia   : Sabar semua, kita serumpun.
    Indonesia  : Brengset lu, ^&(()&%^$%$ (dan mcm2 lg perkataan carut)

*Inilah salah satu contoh dialog yang aku selalu baca kat Fb. Kan rakyat kita ternyata baik tu.. Haha..!!

Oklah, itu sahaja. tak banyak masa nak tulis benda ni, sebab asyik main game je.

No comments:

Post a Comment